Majlis Apresiasi Digital dan Anugerah Khas Sektor Pembelajaran
BERITA

Majlis Apresiasi Digital dan Anugerah Khas Sektor Pembelajaran


     Pada 13 Disember 2025 Pejabat Pendidikan Daerah Tanah Merah melalui Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan, Sektor Pembelajaran dengan jayanya menganjurkan Majlis Apresiasi Digital dan Anugerah Khas Sektor Pembelajaran. Majlis ini diadakan di Dewan Serbaguna, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Tanah Merah. Majlis ini dirasmikan oleh Encik Mohd Zaidi Bin Mohd Zain, Pegawai Pendidikan Daerah Tanah Merah. 

    Melalui penganjuran majlis ini semoga ianya dapat meningkatkan motivasi guru-guru dan pentadbir sekolah dalam membudayakan penggunaan teknologi digital secara optimum di peringkat sekolah di daerah Tanah Merah dan menyuntik semangat daya saing yang sihat dalam kalangan warga pendidik serta murid.

    Kategori anugerah Pendidikan Digital melibatkan 28 penerima dari 7 kategori. Manakala 2 kategori Anugerah Pusat Sumber Sekolah melibatkan 3 penerima anugerah. Bagi Angurah Khas Sektor Pembelajaran pula terdapat 3 kategori yang melibatkan keseluruhan unit dan sebanyak 99 penerima telah diberi penghargaan.

 

Klik untuk pautan Album : Majlis Apresiasi Digital dan Anugerah Khas Sektor Pembelajaran

Kongsikan: